...:: WeLcome .::. Selamat Datang .::. Ahlan Wasahlan .::. Huanying ::...

Thursday, October 29, 2009

Sekolah Satu Aliran

Wah kita ketemu lagi.. agak lama dah tak update.. entry kali ni aku nk menyokong mewujudkan sekolah satu aliran.. dari dlu lagi aku berminat nk tulis entry pasal ni.. tp atlast Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berfikiran sama dgn aku.. haha..

Dalam surat khabar hari ini, memetik bahawa sekolah satu aliran dapat memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia pada hari ini. Sekolah satu aliran bermakna tiada lagi sekolah yg menjurus kepada satu kaum tertentu, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil tetapi dapat menempatkan semua kaum untuk belajar di dalam satu sekolah yg sama. Aku sangat bersetuju, kerana sistem sedia ada membuatkan kaum2 di Malaysia hanya lebih bersatu di kalangan kaum mereka berbanding dgn kaum2 lain. Mereka lebih bergaul dikalangan kaum mereka, kaum Melayu bersekolah Kebangsaan akan bergaul sesama bangsa mereka dan mungkin sesama bangsa lain yg hanya BERMINAT untuk memasuki sekolah kebangsaan. Bagi kaum cina dan india, mereka akan bergaul sesama bangsa mereka di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil ini.

Bila kita bercakap soal menghapuskan sistem yg sedia ada.. mesti ramai yg bertempik kerana mempersoalkan Perlembagaan yg sedia ada telah menjamin sekolah2 jenis kebangsaan ini. Tetapi untuk menjamin perpaduan, semua kaum perlulah dihimpun atau disatukan sejak kecil di dalam satu sekolah yg sama. Walaupun di dalam petikan akhbar mencadangkan Sekolah Menengah adalah waktu yang ideal untuk mewujudkan sekolah satu aliran, tetapi ianya tetap menjadi idea yang baik.

Jika kanak-kanak atau remaja sejak kecil disatukan antara kaum yg lain, mungkin mereka sudah dapat untuk bekerjasama, berkawan dgn lebih rapat dan dapat berkongsi budaya dgn lebih lagi. Pengalaman bersekolah dan kelas bersama kaum2 lain merupakan pengalaman yg berharga bagi aku. Pelbagai pendapat dan pengalam dikongsi, cuma jumlah mereka tidak lah banyak dan memberi impak yg besar. Dengan wujudnya sekolah ini, lebih byk integrasi antara kaum dpt berlaku.


Lepas ini mungkin lebih byk Ah Meng, Abu dan Dewi dapat berkawan rapat, dapat membuat kerja rumah bersama2, pergi ke pusat tuisyen bersama2, mungkin datang merayakan perayaan bersama kawan sekelas mereka.

Sistem sekolah sedia ada mungkin tidak lagi relevan untuk masa kini, bahasa ibunda masing2 boleh diajar menjadi sebahagian daripada kurikulum sekolah. Dan menjadikan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Malaysia sebagai satu2 nya bahasa untuk menyatukan rakyat. Dengan satu bahasa kebangsaan dapat merapatkan jurang antara kaum cina, india dan lain. Mereka akan memahami hanya dengan satu bahasa, tetapi bahasa ibunda mereka masih bebas untuk dipelajari di sekolah sebagai salah satu subjek. Contoh sekolah2 di Indonesia, Thailand dan Singapura yg dapat menempatkan semua kaum di dalam satu bumbung. Kenapa kita lambat untuk bertindak?


Wednesday, October 7, 2009

Segamat betul membenci ku..

Hari yg kononnya penuh dengan langkah kanan.. tetapi rupanya penuh dgn langkah kiri ku.. Akhirnya memang betul Segamat telah membenci ku.. dan tidak mahu aku pulang kembali ke pangkuannya.. Tidak mengapalah kalau itu yg kau pinta.. akan aku cuba melupakan mu, tetapi mungkin sukar untuk kenangan yg telah kita lalui bersama selama 3tahun ini..

huwahahahaha.. hanjing sangat u'ouLss.. keluar da wording fondan di sini.. haha oke.. entry raya aku tak post lagi.. tp entry ni aku rajen nk trus buat.. ok ari ni bersamaan 7 October 2009 , tarikh rasmi aku membuat pengakuan bahawa aku bukan lagi kekal sbg pelajar UiTM JOHOR cawangan KAMPUS SEGAMAT..

waaa touching nyerrr.. aku ari ni g wat clearance kat cmpus.. sbb nnti org2 uitm bilang, "Anda mungkin tidak dapat membuat Convo anda, Huwahahaha..".. itu la sebabnya.. hahaha..

tetapi di cemari oleh takdir2 natasha malang kepada aku..

======================
==============================================
==============================================
=========================

Kronologi Shahrizan bersama anak2 hayam nya buat clearance :-


0600 - Awatip kejut aku.. "Shah da bgn blum??"

0637 - Gerak dari kolej tun mamat, malacca city cmpus ke uitm segamat. Gossip sahaja sepanjang perjalanan sambil mengimbau kenangan Diploma.

0800 - Dalam 8 lbeh lah, smpai sane.. nampak papan tanda tulis "Jamuan Hari Raya UiTM Segamat : 7 october 2009."

0801 - A'ah elok lah buat jamuan time aku nk dtg.. tp berharap ia nya tdk terjadi.. cari parking.. wahh ada parking la.. "Atip, langkah kanan kita ari ni dpt parking kt dpn ni".

0805 - Staff ramai yg memakai pakaian raya, berbaju melayu dan berbaju kurung (verangan smua pakai yg paleng chantek la konon..)

0815 - Masuk HEA, gelap jerrrr kt dlm.. dgn gigih mengambil dan mengisi forms yg ada..

0830 - G unit keselamatan, "Pakcik sy nk chck saman lalu lintas saya boleh tak?", -"Owh staff xde lah dik, tunggulah petang skit.. kami ada jamuan raya."

0835 - Owh tidak.. dgn gigih ke level 2 admin untuk ke Unit Kokurikulum.. "Encik, nk buat clearance boleh?" -"Boleh, meh sini cepat" Waa lega aku.. even dorg smua berangan dgn baju raya.. tetapi sempat melayan permintaan kami nk cop..

0900 - "eyh jum g makan kat ibu, rndu la nk makan sane".. makan la kat kdai ibu.. makan nasi lemak idaman sejak part1 dlu..

1000 - da mati akal xtaw nk buat ape.. org lalu lalang.. tp seko pon xde aku kenal dah.. jalan2 sambil menikmati permandangan indah dan kaler2 bangunan yg sgt memberahikan.

1005 - "korang ajar lah aku QMT, aku ada bawak buku dlm kete.." kami g la kt depan block U then menela'ah pelajaran.. mereka membantu ku membuat QMT: Transportations. Bahagia sgt da paham mcmana nk buat.. even satu soalan jer..

1015 - Ustat dtg dgn senyuman nya.. haha.. salam2 then dia hafal mndarin dia.. dia g wt oral.. then jumpe awek dia, Konyai.. salam2.. dia pon ada oral test jgk..

1140 - tgk smua da bersurai dari dewan utk jamuan.. so aku gigih pergi ke bilik Ketua Program untuk mintak cop dia pulak.. then dapat.. aku pon call lah lecturer aku kat melaka "Puan maaf sy xdpt dtg ari ni.. ade buat clearance kat segamat.. bla.. bla.." aku ade kelas jam 1230 sbnarnya..

1215 - then g Unit Pengurusan Kolej (UPK) untuk mintak cop.. dlm perjalanan jumpe Prot.. maaf prot aku lupe nick kaw time salam td.. hahaha.. even aku yg bagi nama tu kat kaw.. g minum2 dlu.. then g UPK then da settle..

1300 - Naek kolej untuk hampir 10 bulan aku xjejak kolej Sempana Riau, kt wing aku.. wahh cm nk nanges.. hahaha.. then jumpe junior2 ku yg masih gigih dan tabah menjaga dan menjadi penunggu Wing..

1400 - Da babye pri, pulang, anu smua nk g kelas.. aku pon berangkat la nk g sambung buat clearance aku.. nk amek cop kt unit laen.. then... "ALAMAK, mane borang2 aku tadi??" memang bahabi tahap sehetan.. borang ilang.. penat aku cari tak taw g mana.. kat sini ada 6 ruang untuk di cop.. aku da dpt siapkan 3 cop.. tinggal 3 je lagi.. sial kan ari aku ni..

1420 - g HEA buat borang baru.. berlari-lari.. berkejar-kejaran.. mintak cop smua org lagi.. aku memang nk pengsan da.. nek tngga turun tngga.. ofis ni kat ujung duni.. berlari ke sane sini.. adoii.. dengan berpeluh nya aku.. da biasa duk dlm aircond je kat melaka.. rasa mcm ape jer..

1515 - aku berjaya menyiapkan smua cop.. wahhh finally.. Borang clearance aku di penuhi cop yg diperlukan.. cm nak nangis pon ada.. hantar then pulang..

padahal plan asal nk g lepas subuh kul 6.30 sbb then boleh la balek dlm kul 12.30 smpai melaka balek.. sbb aku ada kelas.. tp HARAMMmmm..
=================
=============================

wahh tu je la citernye.. sape malas nk baca, ADO den kesah??? hahaha.. tp aku sangat berterima kasih kepada smua staff UiTM Segamat kerana melayani aku dengan baik.. then kalau Pengarah Campus Segamat ada baca blog aku ni (harapan yg tinggi menggunung ibarat gunung ledang).. tolonglah buat Jamuan Hari Raya pada hari lain taw.. macam kt Melaka sini buat ari Sabtu.. so may b tidak mengganggu yg ingin membuat urusan di pejabat.. kerana saya tidak dapat hadir ke DUA kuliah saya pada hari ini.. mungkin salah saya juge kerana tidak menelefon..

Tuesday, September 22, 2009

sepandai-pandai TUPAI melompat..

yeah.. aku telah melakukan kesalahan cyber terbesar sbg blogger.. iaitu tidak mengUPDATE blog utk sekian lama.. maaf wahai shahrizan.. haha.. di atas kesibukkan urusan duniawi.. test.. assgmnt.. ujung mnggu balek kL je buka puasa.. so mmng xsmpat.. even byk entry nk sumbat dlm ni..

shppng ry dis year pun mmng xde sgt even every week balek.. kLcc ke, mid valley ke, Ou ke memang aku xtgk decorations dorg untuk ry.. slalu aku ngn mmber msti g sbb nk tgk suasana nya.. tp tu la.. hal2 duniawi menutupi dunia ku..

ok entry kali ini untuk sesedare ku yg ingin kan gmba ketika buka puasa kat restoran TUPAI-TUPAI.. haha sbb tu la tajuk aku brbunyi pasal tupai..

a week before raya aku gigih pulang ke kL hari ahd (even tgh hari tu ad test, jwb ingt kL je) then dgn hati yg sgt kering ponteng 2 kelas pagi hari isnin.. hahaha.. segala-galanya demi buffet ramadan.. wawa..

aku nk sgt g this year.. sbb last year langsung xdpt g.. xkesah la buffet ramadan kat mana2.. hotel ke ape ke.. tp kali ni, last minute family ku plan utk ke restoran Tupai-Tupai.. so kalau nk tunggu aku balek cuti be4 raya tu memang langsung xsmpat la kan.. sbb tu aku gigih balek minggu tu..

oK ni la gambar2 yg ada.. kualitas nya ngak berapa baek ya pak.. janji adO! ok harga buffet dlm rm48++ kot.. lupa.. lebey kurang la.. less than rm50..





















antara jemaah2 yg hadir.. haha..




p/s : kepada yg berkaitan,
boleh lah click pada gamba
untuk saiz lebih besar.
kemudian right click untuk save ok.

Saturday, August 15, 2009

Ada apa dgn mu*

Bagaikan sebuah lagu Peterpan.. tp lansung tiada kaitan dgnnya.. hahaha..

ini ada kena mengena dgn si BABI* itu.. yg menyebabkan selesema mereka menyusahkan spesies kita..

aku malas nk sebut pnyakit ni.. diva sgt ker Bab* ni.. jgn bg muka sgt kt dorg ni.. saje je nk mencapap tiap2 kali masuk berita mesti kesah dorg keluar tv.. pegi hospital kesah dia.. hahaha..

haha kembali merepek.. ok central idea (mcm nk buat speech beL492) entry aku kali ni ialah tentang shortage of MASK. bukan cerita mask of zorror or the mask.. tp tentang topeng muka untuk mengelakkan penularan penyakit semasa iaitu HsatuNsatu. Di Melaka, penularan penyakit berjangkit ini dikatakan ditahap yg membimbangkan (dikatakan shj, tdk mndpt info dr sumber yg sah).

Oleh sebab hujung minggu ini, aku tidak kembali ke taman perumahan halaman ku di kL.. aku brcadang untuk berjalan2 di sekitar Melaka.. aku ajak pzol trun sini skali.. Oleh sbb itu lah aku mencari topeng muka ini.. mencari di sekitar farmasi berdekatan dan berjauhan.. mndapat jawapan ini, "maaflah, mask dah abes lah dik.." wow! tahu lah sekrang tgh MEGA SALE.. tp jgn la smpai mask pun out of stock..

So aku terpaksa lah mengimport mask ini dari gombak.. hahaha.. aku suruh member aku pzol amek dekat rumah aku.. then bawak dtg sini.. so itu la cerita nya.. penat korg abes baca kan.. tp xde bnda best pon. huwahahahaha.. saje post entry ni sambil tnggu pzol dtg dr kL.. ok la.. ~Jagalah Kesihatan Anda~

"tu lah ejan, abah da suruh bawak kaw xnk.." hahaha.. dulu xserius sgt.. sekarang mcm da serius je bah.. hahaha..



topeng2 alternatif jika mask da abes :-

baru vouge pakai ni gi kelas

ni pon style jgk.. da mcm joker

yg batman ni bawak g jalan2 style

yg ni sape suka berangan tgk muvie bole pakai..


waaa byk nye variety mask ni.. xsabar nk beli lah.. alang2 mega sale kan.. huwahaha..


Thursday, August 6, 2009

Maria, kau ada pikir tentang HAK aku tak??

(manusia yg rajen, rajen mnyusahkan org laen)

waaahh kesah Maria kembali lagi.. haha.. aku terpaksa mencuri sedikit masa berharga aku untuk mengulas apa yg terjadi baru2 ini daripada sudut pandangan aku sendiri.. iaitu tentang Demonstrasi Jalanan yg baharu sahaja brlaku hujung minggu lalu..

tak kisah la apa jenis, tujuan, matlamat, tajuk atau yg sama waktu dgn nya, demonstrasi jalanan adalah merugikan smua pihak.. jika yg ada otak fikir lah.. tp aku bukan tidak mnyokong demonstrasi.. bg aku itu hak smua org.. tp kenapa pemimpin yg kononnya mempunyai otak ini, tidak mengadakan sebarang demonstrasi di kawasan yg lebih selesa?? dan tidak di jalanan seperti masyarakat yg tidak siuman bertempiaran lari ke sana sini..

Bg pndpt aku, kenapa mereka xnk mngadakan di dalam stadium?? di mana peserta demo mmpunyai parking yg amat luasssss.. kemudahan tandas.. kemudahan surau.. kenapa kita tidak mencorakkan cara demo kita sendiri..

(dah tugas dia.. kalau bapak kaw keje polis, ape perasaan kaw?? bapak kaw kejam la ea??)

tahu tak kenapa dorg xnk buat kt stadium ke ape?? sebab dorg nk menCAPAP!! huhu.. sbb kt situ ramai org.. nnti org smua tgk dorg.. bile buat kat jalan sure lah polis kacau.. then bole lah buat isu.. padahal mmng kalau otak dewasa dorg di gunakan, mesti pnye la polis kacau kan.. sbb da xdpt permit.. tp dorg saje je..


then menyusahkan org ramai.. itu HAK dorang kan nk buat.. tp mane HAK aku??? hak aku nk pergi pavi ke?? nk pergi sogo ke?? HAK mak cik ngn akak yg jual kain ela kat arked tu?? kau ada pikir?? opss over plak..

Dalam Islam, seperti rujukan dari ustaz kt UiTM segamat dlu.. sesiapa yg menghalang atau menyekat jalan yg biasanya di gunakan oleh org ramai adalah BERDOSA.. so?? ramaikan bijak pandai agama yg sertai demo ari tu??

kat sini ada tentang pencabulan hak asasi oleh si PenDemo :-


*Perkara 5(1), berkaitan kebebasan diri – menyebabkan orang awam terperangkap dalam premis perniagaan tanpa kerelaan, seolah-olah dipenjarakan.

*Perkara 6(2), berkaitan keabdian dan kerja paksa dilarang – memaksa dan memanipulasi anak kecil, wanita dan orang tua untuk terlibat berdemonstrasi “demi simpati murahan”.

*Perkara (9)1, berkaitan larangan buang negeri dan kebebasan bergerak – menafikan kebebasan orang awam membeli belah dan bersiar di ibu kota semasa perhimpunan itu.

*Perkara 10b, berkaitan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan – menafikan hak berhimpun orang awam yang lain daripada mengadakan program peribadi dan perniagaan.

*Perkara 13(1), berkaitan hak terhadap harta – menyebabkan banyak harta awam dan peniaga rosak berpunca daripada demonstrasi itu.

hadoii.. pak cik, mak cik, abg, akak, tolong lah hormat HAK org laen.. kaw kate HAK kaw di nafikan.. macamana dgn kami ni?? Abg2 polis tu elok2 ada plan dgn keluarga dia nak g pd ke, sedara kawin ke, da kena sebok jaga korg ni.. hari lain dia kena jaga keamanan yg bukan di buat2..
kepada pemimpin mane2 persatuan.. buatlah demo dkt kawasan yg lebih sesuai.. stadium contoh terbaik.. kalau demo oleh pembangkang, Stadium Shah Alam ada.. kalau kerajaan pnye demo kt Stadium Bkt Jalil ada..

aku kat sini tidak brminat utk brbicara pasal pro-ISA atau anti-ISA.. tp hanya memberi pandangan tentang Demo Jalanan shj..

renungan : Fakta dan mak aku ada cerita, tercetusnya tragedi 13 Mei adalah di sebabkan oleh perhimpunan haram jalanan oleh parti politik di Kuala Lumpur. nampak tak?? sikit punye hal tp merebak menjadi besar??


Saturday, August 1, 2009

Hunli zai Jilandan

mndarin mari.. haha.. maksudnya hadek2, Majlis Perkahwinan di Kelantan. ok majlis prkahwinan abg sedara aku ni da masuk 2bulan da.. haha.. aku dlu xnk post sbb gamba time ni aku gemok!! sentap.. tp dlm mase dua bulan aku cube terima kenyataan.. haha kidding.. terlupe sebenarnye.. aku sempat post yg kt kL dlu plak time tu..

venue : kubang kerian, kelantan.

date : 30 & 31 May 2009

ok tanpa banyak bual bicara.. ini gambar2 nya..

kondisi di dalam bas

aksi gedix cube dilakukan kakak2 sedara

kakak ku.kazen

pakai inai


aksi2 yg sempat (sengaja) dirakamkan ketika pengantin sibuk dengan mimpinya


Kondisi di dalam Homestay

persiapan untuk nikah
(hadek beradek tolong make-up)

berjalan didlm kegelapan kampung
(anggaran 5minit brjln kaki)

Duit hantaran RM12k dibawa kakak aku selamber je
(xpayah polis nk escort)

pelbagai rempuh halangan yg di tempuhi


nk kawen ke tak nk?? haha..




style kt kelantan katenye
makan kndri tanpa meja. kerusi susun mcm nk tgk show je.. hehe..


Next Day :-

persiapan sebelum bersanding


brjalan lagi dari homestay ke ruma pngantin pmpuan




mak andam yg patut diberi Pingat Darjah Kebesaran..
sbb lg 500meter dari ruma pengantin pmpuan baru nk siapkan pengatin lelaki..



terkagum tgk ada show silat.
tp ni bukan mcm silat pengatin slalu kita tgk ok..


segali lagi pujian kpd mak handam.. kipas tidak diberikan ketika ini kecuali didesak pelbagai pihak.. (actually show ni lama, dlm 10mnt)



lambaian drpd ahli keluarga pengantin LeLaki




*sila klik pada gamba
untuk imej yg lebih
besar bagi tujuan
penyimpanan.
(kpd yg berkaitan shj)

nak baca lagi??? | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 |