Wah kita ketemu lagi.. agak lama dah tak update.. entry kali ni aku nk menyokong mewujudkan sekolah satu aliran.. dari dlu lagi aku berminat nk tulis entry pasal ni.. tp atlast Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berfikiran sama dgn aku.. haha..

Bila kita bercakap soal menghapuskan sistem yg sedia ada.. mesti ramai yg bertempik kerana mempersoalkan Perlembagaan yg sedia ada telah menjamin sekolah2 jenis kebangsaan ini. Tetapi untuk menjamin perpaduan, semua kaum perlulah dihimpun atau disatukan sejak kecil di dalam satu sekolah yg sama. Walaupun di dalam petikan akhbar mencadangkan Sekolah Menengah adalah waktu yang ideal untuk mewujudkan sekolah satu aliran, tetapi ianya tetap menjadi idea yang baik.
Jika kanak-kanak atau remaja sejak kecil disatukan antara kaum yg lain, mungkin mereka sudah dapat untuk bekerjasama, berkawan dgn lebih rapat dan dapat berkongsi budaya dgn lebih lagi. Pengalaman bersekolah dan kelas bersama kaum2 lain merupakan pengalaman yg berharga bagi aku. Pelbagai pendapat dan pengalam dikongsi, cuma jumlah mereka tidak lah banyak dan memberi impak yg besar. Dengan wujudnya sekolah ini, lebih byk integrasi antara kaum dpt berlaku.

Lepas ini mungkin lebih byk Ah Meng, Abu dan Dewi dapat berkawan rapat, dapat membuat kerja rumah bersama2, pergi ke pusat tuisyen bersama2, mungkin datang merayakan perayaan bersama kawan sekelas mereka.
Sistem sekolah sedia ada mungkin tidak lagi relevan untuk masa kini, bahasa ibunda masing2 boleh diajar menjadi sebahagian daripada kurikulum sekolah. Dan menjadikan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Malaysia sebagai satu2 nya bahasa untuk menyatukan rakyat. Dengan satu bahasa kebangsaan dapat merapatkan jurang antara kaum cina, india dan lain. Mereka akan memahami hanya dengan satu bahasa, tetapi bahasa ibunda mereka masih bebas untuk dipelajari di sekolah sebagai salah satu subjek. Contoh sekolah2 di Indonesia, Thailand dan Singapura yg dapat menempatkan semua kaum di dalam satu bumbung. Kenapa kita lambat untuk bertindak?
1 comment:
setuju gile hoe!
weewiit!
tp jime nk habes sekolah dh
bwhahaha!
Post a Comment