...:: WeLcome .::. Selamat Datang .::. Ahlan Wasahlan .::. Huanying ::...

Friday, July 23, 2010

Pemandu Pelacur tanpa izin??

yang pasti bukan Pemandu Pelacur..
tetapi

Pemandu Pelancong tanpa izin..
 
haha.. pada bulan June yang lepas aku telah menjadi pemandu pelancong sementara tanpa permit.. Member aku pzol ada satu kursus tentang keselamatan lab. Nama kursus ni adalah Chemical Safety and Security Officers Training.  Kursus ini di anjurkan oleh UKM di Equatorial Hotel, Bangi. Peserta2 kursus ini kebanyakkannya berasal dari Philippines. Oleh sebab kesian dgn dorg ni kan.. dari pagi smpai malam dok kursus.. dan smuanya 1st time ke Malaysia.. Pzol bercadang membawa mereka bersiar2.. tp ingt smuanya yang nk join hampir 16org!! haha separuh bas hokey..

jadi atas sebab kesian kat dorg dan nk tunjukkan Malaysian hospitality kan.. aku pon volunteer la nak bawak dorg.. pada malam tu kami pergi dgn 2 kereta dan 1 MPV.. jadi muat lah semua manusia yg ado.. kereta aku mempunyai 3 penumpang..

Nak jadi kisahnya.. yang kami angkut ni bukan calang2 org nye.. ingt Cikaro Filipina?? owh bukan.. tp terdiri daripada Professor, Doctor PhD, lecturers dan pegawai2.. haha mampu??

Ok mlm tu kami bawa mereka ke Alamanda untuk makan malam sendirian berhad di food court. Dalam perjalanan tu byk bnda yang mereka tanyakan kepada aku.. sampai jenuh nk explain kan.. malam tu aku bole dikatakan menjadi pakar ekonomi, pakar bahasa, pakar kajian sosial,  arkitek, dan pakai sejarah.. haha..

Cuba korang bayangkan.. nk explain sesuatu dalam english tentang perkara yang jarang kita bincang kan.. dalam masa yg sama anda sedang memandu dan follow kerete depan sbb tak taw jalan.. haha.. smpai aku terbabas u'olls.. haha sbb nk pikir hayat apa nk explain.. yang pasti dorg sgt kagum dgn pembangunan kita yang baru merdeka 53 tahun ni..

Ok sampai je food court sorg mak cik ni tnya killer question kat aku.. "What is Nasi Lemak?" haha korg terkedu tak nk jawab apa?? sebab dalam bahasa filipino, nasi adalah nasik jgk.. so dia nk taw apa maksud Lemak?? kalau direct translation mmng la FAT.. haha.. terkesima sebentar aku.. so jwpan aku selepas beberapa air liur ditelan.. "Nasi Lemak is a rice cooked together with coconut milk.." haa hambik kau jwpan bdk international business.. haha..

Ok tu ok lg.. baru warming up.. lepas makan bawak la g Carrefour Alamanda jap.. taw apa dorg cari?? "Can you show me which one is Malaysian chocolates??" haha pernah pulak lah kita nk cari cokelat M'sia kan.. yg aku tau cadburry je.. ok xpe la dah xde.. dia nk yang something malaysian.. bagi muruku xnk.. haha.. jd dorg belilah instant paste laksa, kari ayam, asam pedas.. haha..

Lepas tu kami bawa ke sekitar Putrajaya.. Dataran Putra lah.. dlm masa yang sama menerangkan tentang struktur kerajaan, tugas2 Agong dan pemilihannya.. dah mcm cikgu sejarah kan?? tp byk dorg tak tau.. cth pengiliran jwtan DYMM Agong. Dorg ingt kita hanya ada satu King mcm Thailand or UK. 

Ok then ada satu lg killer question, "What is Persiaran Perdana?" haha terkedu lg.. aku jwblah Perdana adalah mcm main or premier dan Persiaran mcm jalan or boulevard.. ingt abes kt situ.. "and how about Bas Persiaran?" haha kau mampu nk jawab?? terkedu aku lagi.. jwpan mudah aku.. "Persiaran got two meanings.." haha..


then ada yang tanya apa ada dlm kubah dekat bangunan Istana Kehakiman tu lah.. dorg ingt ada floor dlm kubah tu.. aku ckp lah.. kosong jerr..n kadang2 letak chandelier.. dorg pelik lg.. tnya kenapa biar kosong.. haa dah macam aku arkitek kan u'olls..

group photo

dorg tnya, arch tu mmng xsiap buat ke?? haha.. kenapa mcmtu?? 
jwapan kami.. itu adalah modern architecture.. haha..

Selepas abes lawatan di Putrajaya, kami ke Downtown, Cheras. Mereka selama ni xpernah dgr tentang Putraya pun.. siann.. dorg ni sgt kagum dgn insentif yg gov bagi kepada pekerja kerajaan.. dapat rumah.. alaun itu ini.. gaji tinggi.. Gaji lecturer or Doctor PhD kt sane lebih kurang harga diploma level kita.. sedey kan.. tp rakyat Malaysia masih nk kutuk2 kerajaan kan =) harga minyak dorg pun jauh bezanya dgn kita.. dgn gaji mcm tu mcmana lah nk idupkan..

Ok seperti biasa apa je yang dorg nmpak dorg akan tnya.. terpaksa lah aku terang satu persatu.. tentang harga hartanah, harga kereta, proton n perodua, uitm, ethnic relations, islam dan mcmlah.. smuanya kena exlain sebaik mungkin utk elakkan salah paham kan.. kenapa uitm utk bumiputera, apa islam sebenarnya dan lain2 lg..

yang paling bangga, dia puji Ferrari aku.. haha.. dia kata kereta ni dari luar kecik tp dlm besar.. haha siap excited nk amek gambar u'olls..


lepas g Downtown kami pun pulang ke Equatorial, Bangi.. even memenatkan, tp bangga sbb dpt bawak dorg jalan2, bg info dan bertukar pandangan dgn mereka..

my Filipino's friends =)
dorg smua pegawai dan leturers



*gamba ihsan
drpd salah
seorang filipino tu

Friday, July 9, 2010

kenapa kau harus ternoda??

Kenapa?? kenapa??

kenapa kaw harus dinodai?? setelah hampir 5tahun kita bersama.. cuba untuk mengekalkan rekod bersih tanpa dinodai oleh mereka.. ternyata GAGAL syg..

dan kenapa hari ini baru aku tahu kaw telah dinodai?? setelah hampir 8bulan kemudian baru khabar tentang nya sampai kepada ku.. huhhh..

****
okey drama tamat.. haha.. si Ferrari Hitam ku akhirnya telah di saman Polis Diraja Malaysia pada 2 November 2009.. setelah hampir 5tahun dipandu aku dgn rekod bersih tanpa saman.. akhirnya kaw tewas syg.. saman ekor berjaya menangkap ekor mu.. khabar mengenai sikap buruk mu itu baru saja diterima hari ini.. setelah 8bulan ia berlalu.. bersabarlah syg.. aku akan membersihkan nama burukmu itu..











*klik gamba 
utk pembesaran
kalau kepoh sgt 
nk tgk.. haha..

Monday, July 5, 2010

AUStralia - Day 3

sambungan...

Hari Ketiga | Day 3

Setelah bersarapan pagi di hotel jam 7 pagi, kami terus dibawa ke airport utk menaiki flight ke Sydney.. penerbangan kali ini adalah dari Virgin Blue airlines.. giler virgin kan i??? haha. airlines ni serupa mcm AirAsia, iaitu antara airlines tambang murah yg ada.. warna tema pun merah jugak memang sebiji mcm AirAsia tu.. tp yg bestnye dia bagi makan.. haha xpayah nk beli2 mcm beli kt mak cik jual nasi lemak tu kan.. tetapi untuk check-in di kaunter terlampau panjang dan sgt luar biasa panjangnya.. terasa respect plak kt system AirAsia.. haha.. penerbangan ke Sydney dari Melbourne memakan masa dalam 2jam lebih..

ini lah coaster kami selama 2hari di Melbourne.. 
Excellent Coaches.. memang excellent.. tour guide sgt excellent..
luv u sien!!

haa ni la flight kami: Virgin Blue Airlines

motip kan ada gamba pompuan tu..

Bandar Sydney jika dibandingkan dgn Melbourne adalah sedikit sesak dan padat.. dan terdapat ramai immigrant dan yg ketara adalah chinese. Dari ke pekerja duty free kat airport smpai la ke town area.. kebanyakkan nya adalah chinese. Suhu nya pula sedikit warmer dari Melbourne. OK then kami dibawa dari airport utk city tour. Terlebih dahulu, kami dibawa makan tengah hari di sebuah restoran Indonesia di kawasan Chinatown. 

Ketika berjalan menuju ke restoran, terserempaklah dgn sekumpulan pendemonstrasi di kawasan itu. Tentang tujuan dan apa yg di demonstrasikan adalah kabur.. haha sebab kami smua lapar dan terus laju dan laju ke restoran.. tp pendemonstrasi dorg sangatlah sopan dan berbudi bicara.. sgt demokratik aku tgk.. kumpulannya hanya kurang drpd 100 org.. mereka berucap dan berdiri di lori khas  mereka. sementara yang lain dgn sepanduk dorg duk elok2 jer.. haha.. kalau org kita?? huhh..

abg ngan akak polis sedang meronda kawasan domonstrasi aman ni

yang bendera2 tu lah dorg..

Habis je makan tghari kami dibawa terus untuk menaiki cruise yang bernama Captain Cook Cruise. Cruise ini dibawa ke sekitar kawasan Opera House, Darling Harbour dan merentasi bawah Harbour Bridge. Di dalam cruise ini disediakan minuman panas percuma untuk penumpang. Menaiki cruise ini anda akan dapat menikmati hampir keseluruhan kawasan bandar Sydney dan memang cantik sgt view dia.. terkagum dgn Opera House yang selama ni tgk dlm tv ngn gambar je kan.. tp lama2 tgk.. "ehh sama je besar dgn Istana Budaya kita.." haha..


entrance ke cruise

Opera House : benda ni lah yang org smua excited nk tgk kt Sydney


Sedikit malang ketika pergi waktu ptg mcmni.. sbb susah nk ambil gmbar.. terpaksa tungkus lumus mencari angel yg cantek yang tidak di gelapkan oleh cahaya matahari.. tp malangnya lagi.. bergambar di atas kenderaan yg bergerak mmng sukar.. baru nak amek angel baek pnyeee dah lari positions.. haha lagi2 di ambil oleh cameraman amatur, iaitu ayah ku.. haha.. sbb tu xpuas bergamba ketika ini.. gamba smua jnji ado..

berlatar belakangkan Harbour Bridge

melalui bawah Harbour Bridge

skyscrapers di Sydney

yang kuning tu tower tertinggi di sana


Ok tamatnya cruise kami dibawa ke kawasan yang berdekatan dgn Harbour Bridge dan Opera House utk tujuan berfoto..


senyum sokmo..

Setelah penat berpose, kami dibawa ke salah sebuah shopping mall yang ado.. bagi masa 1jam je kan.. memang byk byk byk sgt barang aku bole beli.. haha.. mencuci mata dan menambah bengkak di hati sahajo..

mall td berdekatan dgn bangunan tower ni

Kemudian acara makan malam bermula.. haha.. kami dibawa ke salah sebuah retoran malaysia.. tak silap namanya Kasturi kot. waiter dia pon student melayu yg blajar kt sane. makanan ok lah..


Selepas makan, kami dibawa terus ke hotel untuk check-in. Hotel ini betul terletak di tengah2 bandar Sydney. Nama hotel tersebut, Metrohotel Sydney Central. Bila travel ni lah baru dpt merasa hotel2 yang best kan..  dapat katil yg empuk gilerr.. kalau kat Malaysia ni cari yang rate 2star kebawah jer.. haha.. kebanyakkan hotel kat Australia ni, time nk naik lift kita dah kena swap room key kita.. baru boleh tekan nk g tngkat brapa.. style jgk lah.. kalau kat Malaysia yang mcmtu hanya kt condo2 yg mahal jer.. Ok lepas je check-in, aktiviti mandi dan tido..

bilik dia style mcm biasa jer.. tv pon tak seLCD mcm kt melbourne

Hari ni hari yang simple tapi bersejarah.. haha hayatt tak hengat.. hari ni xbyk visit tempat tapi tempat yg dilawati sgt memorable lah..

to be continued...




*sesetengah gambar  di Sydney 
 telah disalah tag kan dgn AUS Melbourne.
Tersangat malas nk edit semula..
Harap maklum.

Friday, July 2, 2010

pulaukan si RENdang

tak ada kena mengena dgn rendang raya pon ok.. haha.. tetapi hanya berkisar tentang 

Redang Island, Terengganu..

huhu asyik HAUStralia je kan (ada 2 part lg akan dihapdate).. aku selitkan trip aku last week ni.. bercuti dalam Malaysia pulak.. 

****
naik bus di hentian putra.. bersama2 group travel agent yg slalu aku guna.. menaiki bus Sani express double-decker.. kemudian menaiki ferry dari jeti Kuala Terengganu utk ke Pulau Redang..

comel tak tanduk aku ni

ferry dari k.terengganu ke pulau redang

bermimpi

excited utk berendam


spastic

terpaksa dicensored utk tatapan umum.. haha..



manusia2 yg verangan nk jd ikan

fenyus


marine park : manusia, coral dan ikan

di laguna resort.. mencari makanan dan gigih beron9


ini rumah tumpangan kami yg mampu..

ahli jemaah | group photos


masjid kristal

ikhlaskan senyum
nak baca lagi??? | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 |