...:: WeLcome .::. Selamat Datang .::. Ahlan Wasahlan .::. Huanying ::...

Tuesday, December 2, 2008

bowLing tournament

Last Saturday nite, aku dan smua cousins dengan pakcik n makcik aku ada buat satu bowling tournament. Kitorang main dekat bowling ampang point. Pada mulanya game ni hanya untuk suka2 njoy2. Kira macam family gathering kecil-kecilan, tetapi pakcik dan makcik aku yang sangat bermurah hati ingin menaja hadiah kepada group yg menang. Hadiah competition ni adalah penginapan di salah satu pulau ni, Pulau Langkawi, Pulau Tioman atau Pulau Redang. So kitorg pun apa lagi bila dah tau, semua dah berangan nak pergi dah. Padahal mainnye smua tak pro mana pun. So, malam tu kt bowling center ni agak ramai jugaklah, tp xpack mana lah. Kitorang still kena tunggu lane, sebab kalau boleh nak lane sebelah2. Sementara tunggu lane tu, pihak penaja dah divide kami kepada beberapa team. Overall ada 4 team, dan each team ada 4 members. Aku dapat group nombor 2, haha dalam group ni ada abg sedara aku, pak cik sedara aku ngn kakak sedara aku. Yang group 1 kesemuanya lelaki dan 3 orang smua bawah umur. hahaha.. yang group 3 dan 4 masing2 ada kakak aku, kakak2 sedara aku, makcik aku pun ada, dengan boyfriend kakak sedara aku pun jugak ada. Pemilihan ni dibuat menggunakan cabutan undi, hahaha semangat dorang koyak kertas dan tulis nombor. Then cap aku jadi bahan untuk tempat buat cabutan.



Ok then, team 3 dan 4 main dulu koz lane tu je yg available, lagi pun dah hampir 1jam tunggu smua. Malam tu ada satu group nk buat tournament juga, dalam 8 lane camtu. Tu yang buat gila crowded. Ok lepas tengok aksi2 cousins dengan makcik aku main, lane kitorg pun dah available. Tapi lane kitorag jauh sikit la, tak sebelah menyebelah.

Aku pun dah lama jugak lah tak main, so macam excited gila la ni. Klakar la juga masa main ni. Ada cousins aku buat macam2 aksi, lepas tu pakcik aku pun 1st time main. hehe.. selamat tak ada aksi2 dorang yang sempat dirakam. Lepas main semua, group aku dapat tempat ke2, yg menang group 1, group budak2 bawah umur. Aku akuilah gilak hebat dorang ni. Yang hebat sorang sedara kepada cousin aku ni, asal baling je mesti strike tak pun hampir smua pin jatuh lah. Even dalam group dorang ada lil' cousin aku yang baru umur 12 thn. Dia pun ada strike jugak.. hahaha.. tak ada rezeki kot aku. Tapi yang penting beza points xbanyak mana pun, dalam 12 points kot untuk overall dua games. So hadiah penginapan ni, jatuhlah pada budak2 ni. haha.. Yang lain semua muka frust jer.. haha.. lagi team pompuan, smua geram je. Dorang kata tak adil, kena ada kategori asing untuk perempuan. hehe.. tp da nama pun buat undian untuk team members. So x dapat dipertikaikan lah yer.. btw memang enjoy tournament ni. Rasa macam nak jadikan activity riadah family ni je. Boleh buat gathering sambil beridah. Tak mahal mana pun. Main 2games kat sini RM14 jer. Overall, jum main lagi!


time mengira markah.. haha.. tak puas hati ke?


hairy buat muka bangga kat belakang tue..

pakcik aku dengan group yang menang..


1 comment:

Hairy said...

muke bangga aku yg wat aku menang tau takk..hahaha..

nak baca lagi??? | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 |