...:: WeLcome .::. Selamat Datang .::. Ahlan Wasahlan .::. Huanying ::...

Thursday, November 12, 2009

Nenek: I miss u


~aL-fatihah~

MASIR@MA'AH BINTI WURAEN
(nenek)

-12 November 2008-

&


MARIAM BINTI ALI
(mak saudara)

-26 Ogos 2008-

**************************

Hurmm hari ni genap 1tahun nenek kembali ke rahmatullah pada 12 November tahun lepas. Semoga roh nenek dan cik yam dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan org2 beriman. Serta dijauhi dari sebarang siksaan. Amin.

Nenek aku telah meninggal dunia tahun lepas selepas bertarung nyawa dengan penyakit Barah@Kanser Usus yg dihidapi nya hanya kurang dari setahun. Dia disahkan menghidapi Kanser Usus pada bulan4 tahun lepas dan berjaya meneruskan hidup dlm tempoh 7bulan selepas itu. Dia hanya mampu untuk menjalani rawatan Radioterapi sahaja kerana faktor usia.

Rasa rindu sangat pada nenek. Walaupun sudah satu tahun berlalu, dan dua kali Raya Haji bakal berlalu. Semoga dia dan cik yam bahagia di SANA.

hurm kalau bole nk bagi tau yg ejan da grad da nek =) da abes da 3 tahun kat Segamat sane dan alhamdulillah sekarang sambung dekat Melaka. Kalau nenek masih idup mesti dia bg duit skit.. hehe.. konon bg support lah.. tp bukan duit yg di minta cuma sedikit perhatian dari nya.. rindu nenek urut2 kaki kalau nk tahu demam.. masak udang goreng rempah.. nenek malu2 nk tiup kek.. mcm2 lagi lah.. tp xpe lah.. Allah lebih syg kan dia.. mungkin lagi menderita penyakitnya kalau dia masih hidup..

ok lah.. saje nk post entry ni sbb ari ni, 12 hb November genap nenek meninggal.. sape2 yg baca entry ni tolong lah sedekahkan AL-FATIHAH kepada nenek aku kay.. semoga anda mendapat rahmat dari Nya.. amin~

**********************
Sedikit galeri gambar2 nenek =)

time ni bufday nenek 2007.
Nenek sihat lagi time ni, tetapi 4bulan kemudian dia disahkan menghidap kanser.
--------------------------------------

Bufday cake nenek =)
--------------------------------------

Gambar Arwah Nenek dgn Cik Yam (2007)
Aku bagi nenek tudung time tu.. dia bukak then terus pakai.. dia ckp nk pakai pergi coming kenduri nnti..
--------------------------------------

ni lah semua cucu2 lelaki nenek.
mungkin dah takdir, time ni semua cucu dia ada, dan dpt amek gamba sama2.

Cucu2 dan cicit2 perempuan nenek =)
time ni pon smua nya ada..
--------------------------------------

Ni gambar time bufday dia 2006
--------------------------------------

Ni lah style dia tiup lilin.. dia pakai tangan.. comel sgt..
haha.. will miss this moment..
--------------------------------------

Ni gambar raya 2007
(sebelum sakit)

Raya 2008
(setelah sakit, dlm sebulan lepas tu dia dah xda. ni je gamba time tu brjaya di ambil.. nenek segan nk kena amek gamba time tu)

4 comments:

iyllienaz said...

sgt la menyayat hati..semoga roh nenek kamu ditempatkan bersama org2 yg beriman..Amin.

Anonymous said...

aku x penah tengok arwah tapi aku penah tgok jenazah die... smoga rohnye dicucuri rahmat.. amin...
-fizul-

ejans said...

iyllienaz: thanx ok =)

pzol: thnx pzol =) thnx tolong time tu taw..

Anonymous said...

same2 shah....
-fizul-

nak baca lagi??? | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 |