...:: WeLcome .::. Selamat Datang .::. Ahlan Wasahlan .::. Huanying ::...

Monday, December 14, 2009

Rest in Peace: Dior


Pada Hari Raya Aidiladha yg lalu aku dan pzol telah kehilangan seekor hamster jantan peliharaan kami. Hamster ini adalah dari species Syrian Hamster, Mesocricetus auratus. Ia menderita penyakit misteri selama kurang daripada 24jam dan ianya menjadi misteri kerana ia tidak dibawa ke hospital utk dibedah siasat. Si mati (tak kan nk tulis arwah.. haha.. tp bunyi macam kasar plak..) telah selamat dikebumikan di belakang halaman rumah pzol di kampungnya, Jempol, Negeri Sembilan. Si mati sempat diberikan bantuan makan dan minum kerana tidak lagi berdaya untuk makan dan minum sendiri.

Lebih menghibakan, aku tidak dapat untuk bertemu si mati untuk yg terakhir kalinya kerana aku berada di Kuala Lumpur. Malahan aku tidak sempat untuk bertemu si mati dlm beberapa hari sebelum kematiannya.

Aku hanya mampu berdoa agar roh si mati tenang berada di Sana. Mendapat kuaci yg paling istimewa tanpa sekatan kerana selama ia berada di dunia ini, jumlah kuacinya dicatu.. dan semoga ia dapat berlari2 sepuas2nya kerana selama ini ia hanya berlari di dalam wheel di sangkarnya sahaja.. dan jga semoga ia dapat berjumpa si betina yg sepadan dgn nya agar dapat mengawan dgn efektif kerana selama ini ia gagal untuk mengawan dgn se ekor lagi hamster betina kami. Mungkin kerana saiz dan umurnya yg masih lagi muda. Percubaan demi percubaan dilakukan tetapi tetap gagal.. pelbagai aksi pelik dilakukan dan antaranya songsang. (haha.. mane nk dpt.. dia pergi buat bj)..

Mungkin sampai disini sahaja untuk Dior.. kami sangat merinduimu.. aku ingin meminta maaf kerana sering memanggil mu Si Bodoh. haha ia tetap datang walaupun aku memanggilnya sebegitu.. Berbahagialah di Sana ye. Moga kita akan ditemukan lagi disuatu masa~


********

Atas belas ihsan daripada kawan ku, Awatif.. dia telah memberi aku se ekor lagi hamster Janda anak tiga.. huhu.. thnx atip.. tp sekor anak dia telah mati.. berharap agar lagi 2 anak dia berjaya survive. Hamster ini  mempunyai bulu yg lebih lebat.. berbeza dgn yg aku ada sekarang ni..


keadaan anaknya disusukan (kurang dari seminggu dilahirkan)


Gucci : nama diberikan oleh nad.

Ini lah girlfriend Dior, Chanel. Sian dia kematian insan tersayang..

3 comments:

Unknown said...

owwwhhh
dah mati sayang nyerr...

ejans said...

hurmm tu la.. xpe.. Dia lebey menyayanginya.. haha..

Anonymous said...

die sakit gigi, sbb tu die mati, lepas nie kene gosok kan hamster masing2 k.. ggi die kuning sngt time nak mati tu, warna mcm air jagung.. sian dior, mati kelaparan... miss u dior.. ~pzol~

nak baca lagi??? | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 |