...:: WeLcome .::. Selamat Datang .::. Ahlan Wasahlan .::. Huanying ::...

Tuesday, March 30, 2010

i need dia


"Tuhan alangkah baiknya jika dapat diluahkan dan dikongsikan 
segala keperitan dan ketegangan hidup yg sedang dialami sekarang.. tanpa memberikan sebarang tekanan kepadanya.. 
aku perlukan dia sekarang =( " 




-tekanan dari utara, selatan, timur dan barat yang dulu pernah melanda kini kembali lagi.. badan sangat lemah untuk menghadapi smuanya ini.. tiada siapa pun yg tahu betapa lemahnya bahu ini mengharungi smua keadaan ini.. mungkin berlarutan sehingga ke final.. tahap kesihatan yang naik dan turun.. tp yg pasti bukan disebabkan tekanan ini yang lain timbul.. ianya benar-benar menguji.. hikmahkanlah Ya Allah diatas setiap sesuatu yg telah engkau jadikan..




*simbol =(
adalah benar-benar
dimaksudkan...

Friday, March 19, 2010

Hidup bang Najib!

UiTM Malacca City Campus

hai u'ollsSss.. Maria kebosanan serta malas dlm kerajinan.. haha.. *pening.. 
haha tak adalah, byk bnda aku tak update lagi.. tp teringat pasal ni terus rajin kan jari jemari yg penuh lemah gemalai ini nk haplod (upload) pictures ketika bang Najib membuat lawatan 1 hari ke Melaka pada 4hb Februari 2010 dan sempat singgah sebentar di UiTM Malacca City Campus kejap.. rasanya cerita entry ni kalau diibaratkan org yg dah meninggal, 40hari punya tahlil baru aku story.. haha..

biasalahkan persiapan nak datang macam bang Najib ni nk tido kt campus jer.. haha.. padahal xsampai 30minit pun beliau meluangkan masa.. tp bagus jgk lah.. byk infrastruktur diperhebatkan di kawasan sekeliling.. longkang yg biawak, katak smua segala macam reptilia tinggal dah pun ditutup oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Bersejarah sgt u'ollss.. Poster2 semua meriah sgt.. kan best kalau Merdeka mcam ni rupanya..
then, pihak UiTM pun sibuk nk betulkan toilet lah.. even skrang aku tgk sama jer ngupanya.. Lagi satu my new Vice Cancelor, Dato Sahol nk membuat lawatan sulung sejak baru dilantik ke campus aku.. so itu salah satu sebab mereka "mencantikkan" dan mengupgrade keadaan lah kot.. Ok apa2 pon aku dapat salam bang Najib!! haha.. gigih mengejar dia.. atlast dia dtg kat aku.. haha.. gitulah nampaknya.. penat gigih mengejar.. last2 kitorg tgh lepak2 dia lalu situ sebab nk ke kg morten.. haha..

haa lagi satu nk ngumpat.. tak berapa nk pahamlah kan.. city campus ni ramai lah jgk student.. hampir 3000org.. tp kenapalah nk import budak2 masscom dari UiTM Melaka (lendu)?? Import dorg nk jadi crowd untuk sambut bang Najib.. xpaham.. kenapa?? budak business xbole terpekik terlolong jadi crowd ker?? Yg pasti ni majlis UiTM Bandaraya Melaka.. dan kami menjadi tuan rumah.. tp kami rasa seperti dijemput menghadiri majlis org.. haha.. sentappp.. yg pasti aku nk jd crowd nx tyme!! haha..

1Malaysia

muka2 gigih mengunggu

Heli yg datang dlu.. check keadaan..

Dato Seri Najib sempat memberikan ucapan dan amanatnya

muka2 gigih setelah dpt bersalaman dgn bang Najib




*gamba adalah  ihsan
daripada camera 
classmate aku.

Wednesday, March 3, 2010

Kelahiran yg tidak disangka..

Wahh title propa sgt... haha.. entry kali ini untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran mereka ke dunia yg fana' dan penuh panca rabak ini.. haha.. mungkin tidak terlambat lagi (even aku da wish), kepada Nadirah@Nadey pada 19hb February lepas.. dan kepada Farhana Nadya@Nad pada 4hb March ini.. semoga kalian dimurakah rejeki dan dipanjangkan umur.. dan berjaya menempuhi dunia ini dgn tabah nox!! dan paling penting CEPAT CARIK LAKI!!


******

sambutan dibuat di taman tasik titiwangsa.. plan utk sambut dua2 sebab nk save time.. takot masing2 bz nnti.. so nad xtahu kitorg nk celebrate bfday dia sbb lagi 2mnggu awal.. si nadey ingt just saje2 nk pergi taman.. si ayul dan nabilah dah prepare kt sane.. aku dan pzol bawak mereka berdua kemudiannya.. ok tu je..

suwit sgt ayul n nabila decorate


bersama si bfday gurLs
present gegurl sgt utk nadey.. supaya reti berhias

set minyak wangi bodyshop utk nad.. sbb dia busuk sgt..

Saturday, February 20, 2010

ai ni??

Hell-o rakan seperjuangan.. Maria dtg lagi.. tiada niat mahu bercerita pasal Mak Cik Aini atau pon fomfuan bernama Aini.. tp segalanya tentang 'ai' (dalam mandarin) atau sinta..

Sempena Hari kekasih yg telah lepas atau dgn nama kapernya Valentine's Day.. aku xtaw ramai atau pon tidak org menyambutnya.. yg pasti ramai tokoh2 agama Islam telah melarang kita dari menyambutnya.. jadi terpulang pada empunya diri.. tp kadang2 kita perlukan satu hari utk betul2 tunjuk rasa sinta kita pada seseorang dan menghargainya.. even ramai ckp hari2 kita ada perasaan sinta.. tp mcm birthday.. kan mcm seronok dan dihargai bila kita disambut.. tp apa kata kita buat satu tarikh baru nak?? haha.. supaya xbertindih dgn si kaper pnye tarikh celebration..  ape2 pon aku xnk sentuh sgt pasal ni tp bukan itu bermakna aku sekular..-Tamat-

Pada 14th February ini merupakan Anniversary nikah kepada Mak dan Abah haku.. selamat ke atas mereka dan juga tahniah =) tanpa sinta mereka tiada lah aku wujud ke dunia yg fana'a ini yg penuh dgn fanca roba.. wahh ayat meriahh.. tp betullah.. semoga ferasaan sinta ini akan kekal abadi hingga ke akhir hayat mereka berdua.. Amin~


---

Wednesday, February 17, 2010

Part 2 : Guangzhou - China

sambungan dari PART ONE ... 

*Cara sebutan yg betul: Guangzhou = Guang Jo

Part Two:


Setelah melalui hway selama kurang lebih 2jam setengah.. kami pun tiba di Bandar Guangzhou, Wilayah Guangdong, China. Kami dibawa bersiar2 sekeliling bandar. Perbezaan antara bandar Shenzhen dan Guangzhou adalah di sini terdapat banyak kenderaan dan amat sesak. Selain drpd itu bandar Shenzhen adalah bandar baharu, jadi keadaan susunan bandarnya lebih teratur dan kemas berbanding Guangzhou. Aturcara asal terpaksa dipinda kerana kami sampai lewat petang dan tidak sesuai utk ke taman-taman yg tutup pada jam 5pm. Jadi kami dibawa terus untuk makan malam di sana.. Setibanya kami di restoran, kami memulakan dgn Doa Akhir Tahun dan juga Doa Awal Tahun yg dibaca oleh tour guide dr Malaysia. Wahh sambut Maal Hijrah kt China.. hehe.. Ok then kami diberi cadangan untuk menaiki cruise di Pearl River dalam bandar Guanzhou. Ini adalah optional kerana tidak termasuk di dalam aturcara. Seorang dikenakan  dlm RM70. Cruise ini menyusuri bandar Guangzhou sambil menikmati pemandangan bandar. Sekeliling sungai dihiasi dgn lampu2. Bangunan2 disepanjang sungai juga bermain dgn cahaya lampu. Selepas cruise kami dibawa ke Hotel untuk check-in.


Day 4

Selepas sarapan pagi, kami dibawa ke kawasan membeli-belah Beijing Road. Sepanjang kawasan ini ditempatkan kedai2 barangan berjenama (xde lah branded mane). Terdapat Giordano, Samuel Kelvin dan lain2 lagi. Yg pasti dikawasan ini no bargaining. Tapi di antara kedai2 ini terdapat lorong dan menjual beg2 dan aksesori berjenama tiruan. Macam LV or Prada ke, boleh lah nk tawar. Yg pasti xde apa sangat pon..

Lantern merah tu smua di-sponsored by Giordano

Asian Game 2010 - 12th Dec 2010 kot



Selepas berada di sini hampir 3jam lebih.. Kami terus menuju ke Masjid Guanta, salah sebuah daripada empat masjid yg terkenal dan tertua di China. Kami mengambil kesempatan pada hari ini untuk solah jumaat sekali di sana. Perjalanan kami mengambil masa yg lama kerana bus driver sesat.. haha.. kitorang dah risau takut xsempat nk solat jumaat nanti. Akhirnya kami tiba dan sempat menunaikan solat jumaat bagi jemaah lelaki dan wanita. Suasana di masjid ini sangat sesak dipenuhi umat Islam dari pelbagai bangsa. Tazkirah di baca dalam bahasa mandarin manakala Khutbah dibaca dalam bahasa arab.


ni bukan babi tau.. haha tp daging kambing Halal..

Pelbagai makanan Halal dijual di hadapan masjid.


seorang beggar dan anaknya dil luar perkarangan masjid

Selepas solat, kami dibawa ke tempat membeli-belah wholesales center. Di sana terdapat kain2, barangan elektronik dan barangan tekstil. Tetapi ianya tidak dijual dibawah satu gedung. Untuk tekstil anda perlu ke jalan seberang, dan untuk barangan elektronik anda perlu ke jalan lain. Di sini pun xhebat nk bershopping. Aku da tak taw nk beli apa dah. Last2 abeskan smua duit beli handphone SAMSVNG.. haha brand china ciplak punye..

Day 5


Hari ini merupakan hari terakhir. Kami check-out hotel pada jam 11am. Kami di bawa untuk sightseing di sekitar bandar Guangzhou. Mula-mula kami dibawa ke Dr Sun Yet Sen's Memorial Hall. Di sini terdapat satu bangunan berunsur tradisional cina untuk exterior tetapi terdapat unsur2 eropah untuk interior. Memorial Hall ini sebagai tanda memperingati jasa Dr Sun, salah seorang orang penting China dahulu.




group "Shenzhen - Guangzhou"

Kemudian kami dibawa ke mercu tanda bandar Guangzhou. Di sini terdapat bukit yg menempatkan sebuah dataran dgn ukiran "Five Rams" atau pun Lima Kambing Gurun. Kawasan Guangzhou asalnya merupakan kawasan gurun yg terdapat banyak kambing ini. Tapi itu smua beratus-ratus tahun dahulu.



Kemudian kami dibawa ke sebuah masjid dan juga makam salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w.




Di sini aku sempat berbual dgn mak cik cina yg sedang makan roti dan minum teh (dua makcik kt kiri). Aku sempat tnya nama smua dan bagi tau nama kami smua, ayat-ayat basic mandarin je lah.. Yg pasti nama mereka berdua tak ada bunyi islam pun.. Lepas tu dorg bagi kami sedikit roti utk dirasa. Muka mak cik2 ni comel aje.. hehe..



Lepas sahaja melawat makam sahabat nabi.. kami dibawa ke salah sebuah kilang jed dan batu permata kepunyaan rakyat Malaysia. Selesai di sana, kami berangkat pulang ke Shenzhen untuk ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia.

Ok sebenarnya entry ni dah berada dlm draft berbulan2.. sebab aku dah malas nk tulis so ending dia cepat je.. haha.. nasib lahh.. ok itu je la cerita aku nk share ngn korg.. tamat lah sudah cerita pasal Shenzhen dan Guanzhou ini..



nak baca lagi??? | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 |