...:: WeLcome .::. Selamat Datang .::. Ahlan Wasahlan .::. Huanying ::...

Tuesday, June 22, 2010

AUStralia - Day 1

Ok pada 12 June 2010 hari tu aku dan ibu bapaku telah merayap ke benua Oceania seketika selama 5hari.. lebih spesifiknya Australia.. dan lebih halus lagi : Melbourne dan Sydney.. 

Selama 5hari disana akan di postkan entry setiap satunya.. bunyi mcm rajin sgt kan.. tp saja nk share pengalaman dgn pembaca.. mana tau sesiapa yg berminat akan mendapat info daripadanya..

_____________________________________________

Hari Pertama | Day 1

Menaiki flight MH149 dari KLIA ke Melbourne Int. Airport. Perjalan mengambil masa 7jam lebih..  Servis diberikan ok lah.. compared to the others, kita punye tetap selesa dan peramah.. itu namanya kod MH (Malaysian Hospitality).. pejam, celik, dpt makan, tgk movie, tdo, celik, makan lg, tgk movie ehh dah smpai.. haha.. tp seksa jgk la duk lama2 dlm flight ni.. brtolak pada pukul 9.30mlm dan sampai pada pukul 5pagi waktu M'sia. Waktu sana tambah lagi 2jam, 7pagi.

Ok sesampai je ke Melbourne kami dibawa city tour.. Bandar Melbourne antara bandar yang terdapat ramai rakyat M'sia selepas Perth. Bndar ni sunyi je, tp aku suka dgn architecture dan design bangunan dorg. Tak macam kt cni. Kat sane sesimple bangunan pun cantik design dia. Tempat pertama yg kami berhenti adalah kawasan Parliament di Melbourne.

Melbourne city: Bangunan tinggi tu antara bangunan resident tertinggi di dunia

Stadium terbaru

Kemudian dibawa ke salah satu gereja yang terbesar di sana.. Lupa nk bgtau, tour guide kami di sana adalah merangkap bus driver.. haha kt aus mmng mcmtu.. kedekut nk bg sorg lagi tour guide.. dlu pergi pun mcmtu.. Ok lah, nama dia Sin, org vietnam dan menetap lebih 30thn, dia sgt baek dan rajen serta bertanggungjawab.. Ok then, kami ke salah satu taman yg popular di sana, Fitzroy Garden.

gereje terbesar di Melbourne

Fitzroy Garden | Group photo

Next, kami ke salah satu lagi taman iaitu, Gallipoli Memorial Garden. Di sini mcm tugu memperingati askar mereka yg berjuang dulu. Dan jgk ketika perang2 di Malaya, Vietnam dan sbgnya..


Ok next kami ke Philip Island yang mengambil masa dlm 2jam lebih dari Bandar Melbourne. Di sana kami dibawa ke Chocolate Factory..

Kemudian, kami terus ke Churchill Island sekitar kawasan sana jgk.. di sana kami akan menikmati BBQ lunch kami. Kawasan di sini sgt country.. view nyaman dan cantik..

mak cik ni nama Uuna, bunyi nye Yuna.. haha. gila Yg Sebenarnye..

BBQ lunch kami

Selesai mkn, kami smua ke Koala Conservation Center. Berhampiran kawasan ini jgk. Koala kat sini smua kt atas pokok tinggi2, pastu xbyk plak.. buang masa je g sini..

dlm 20hrs tdo then anther 4hrs makan.. dahsyat kan..

Kemudian kami dibawa ke Amaze N' Things. Ia berada di dpn sahaja Koala Conservation Center ni. Amaze N' Things ni adalah satu tempat yg membuat anda terkagum dgn aplikasi sains dan tricks.

air yg mengalir melalui bumbung

bapak ku menjadi bahan eksperimen
tgk pak cik ni.. condong ke depan tanpa jatuh

ini yg aku paling amazed skali

Selepas itu, kami bergegas utk melihat Sea Lion di kawasan pantai yg tidak jauh dr sana.. tp malangnya telah tutup sbb waktu senja sini cepat.. dlm pkul 5.30 da mghrib.. jadi kami terus utk tgk Penguin Parade.

Apa itu Penguin parade?? haaa.. kt sini xde gamba sbb dilarang sama sekali utk amek gamba.. pelawat smua akan dibawa ke pantai untuk menyaksikan penguin kerdil, Fairy Penguin. Pelawat akan duduk dan menunggu kawanan penguin ini naik ke darat dari laut pada pkul 5.40 mcm tu..

tunggu lah.. then, tibe seko naik.. pastu ramai2.. then da ramai baru dorg smua naik ke darat sama.. jd lah Penguin Parade.. hehe.. giler comel taw.. syg nye gmbar tidak dibenarkan..

 ni la tmpat nye.. aku jmpe dlm internet..

inilah kawasan nya.. penguin dtg dr arah laut ke darat

haa ini lah namanya penguins parade.. terkedek-kedek mereka.. haha..

signboard ni mmng ada kt parking.. 
sbb binatang ni naek smpai ke parking..

Kemudian kami menikmati dinner kami di sana dan pulang ke hotel di Melbourne yg memakan masa 2jam lebih. 

Lobster dgn fries

rumah tumpangan kami, Batman's hill on Collin

bilik dia sgt style

Itu sahaja laporan daripada saya, Shahrizan Sulaiman. Kembali ke studio.. haha.. tu sahaja utk hari  yang pertama.. tunggu lah nx entry ok..

To be continued.....


*pada yg rabun
atau xberapa nk nmpak
klik pada gamba
utk tujuan
pembesaran

1 comment:

iyllienaz said...

bestnya!! next time pergi nak ikut..haha

nak baca lagi??? | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 |