...:: WeLcome .::. Selamat Datang .::. Ahlan Wasahlan .::. Huanying ::...

Tuesday, April 20, 2010

Selamat Ulangtahun Bertemu Dunia..

wahhhh.. antara title terpanjang dlm blog aku utk birthday.. haha..

hari ni pada pukul 11.15am (salahkan doctor kalau dia salah.. ikot surat branak jer) adalah genap 22 tahun aku dilahirkan di dunia yg fana' ini .. sekejap je dah angka ni umur aku.. apa2 pun rasa bersyukur kerana aku masih dapat bernafas sehingga ke umur ini.. 

 1st Birthday aku (1989)

Birthday pada hari tiada apa2 yg menarik sgt.. sebab aku dah nk final (macam biasa lah) dan kawan2 lain pun tgh final jue.. parent aku pun baru balek dari travel smlm.. lepas dorg smpai dari airport terus g dinner.. just a small family dinner kt tupai2 mlm td.. tu pun tiada family abg aku.. sbb weekdays.. anak2 dia skola smua.. 

Tp yg penting wish daripada korg smua =) thnx kt pzol (sempat minum ptg teh'o dgn biskut masa birthday's eve aku.. haha..), nad, nadey, nabila, ayul, alyn, bokser (siap org pertama call), kawan2 ex-uitm segamat, kawan2 uitm malacca city cmpus, kawan2 ex-sek men keb seri gombak, sepupu-sepapat dan sebagainya.. thnx ok =)

Umur 3 tahun (1991).. meriah kaler baju..

Present pun belum ada lagi.. (hahaha verangan ada je nnti) Thnx kat bapak aku bg netbook baru ni yg sedang digunakan.. ingt kan ni hadiah birthday.. rupanya tak.. dia nk bg jam KATANYE.. tp xbeli lagi.. dia suh aku cari.. haha.. alhamdulillah.. jam odm aku ni pon dah kopak pakai 2tahun.. Mak aku plak bg duit je tadi, "Nah, amik lah.. birthday tak tau nk beli ape.. kaw beli lah baju ke ape.." huwahaha.. slama ni bising je kat aku asyik beli baju.. bagus2.. tp malangnye sales dah xdo.. k.i.v la dlu..

B for BAGAM  
(elyn dah mcm kaw bg kt boifren kaw tulis B.. haha..)

dan thnx juga kepada ezlin ibrahim.. (wow nama penuh) sudi teman dinner birthday aku td kat foodcourt suram muram di dataran pahlawan. dan thnx untuk sepotong brownies secret recipe kaw tu (1st kek birthday aku tahun ni.. haha..)



Sunday, April 11, 2010

Kini terbanglah dikau..

 Dahulu terdapat seekor anak burung yg telah kehilangan ibu dan keluarganya.. jatuh jauh dari sarangnya.. lalu aku ambil dan bersihkan ia.. dan menjaganya sehingga ia betul2 rasa selesa.. seperti berada dekat dengan ibunya walaupun layanan itu tidak pernah mungkin sama.. tp cukuplah sekadar menemaninya sentiasa hanya untuk melihat ia bahagia, memberi ia cukup makan, kelengkapan dan paling penting tidak akan berasa kesepian..

Waktu semestinya akan senantiasa berputar.. mungkin ia sudah dewasa dan sudah tiba waktunya untuk ia terbang mencari kawanannya dan hidup bersama-sama .. terbang bersama.. mencari makan bersama.. dan tinggal bersama..

Kini terbanglah engkau ke tempat yang mampu menggembirakan mu itu.. kerna aku tidak lagi dapat menjagamu.. kerna aku telah tahu kamu bisa untuk berdikari sekarang.. kamu tidak akan sunyi lagi seperti suatu ketika kamu aku jumpai dahulu.. aku kini gembira melihat mu mampu hidup bahagia.. tiada lagi kerisauan akan hidupmu..

Sungguhpun berat melepaskan kamu.. mengenangkan kita tidak akan seperti dulu.. tp aku gembira engkau burung, kini bisa hidup tanpa kesunyian bersama kawanan mu... 

=)

Saturday, April 10, 2010

Trimmer Vulu

 Auchh.. tibe nk buat entry pasal bulu-bulu ni kan.. maklumat ini sesuai untuk lelaki khususnya.. tetapi jika ado perempuan yg mempunyai masalah bulu pun sesuai sgt.. haha.. Entry pertama pada bulan April ini adalah tentang "Nose & Sideburn Trimmer"

tak pasal2 atok ni jadi bahan

Oleh sbb aku menyimpan sideburn dan bertukar menjadi jambang, aku tiba-tiba tertarik dgn binatang ni.. haha.. even aku ada shaver tp xsama.. kalau aku shave sideburn aku memang hilang terus lah.. tp trimmer ni dapat menipiskan ia mengikut kemahuan kita.. haha.. hayat sangat mengujakan.. 

dan yang penting.. ia MURAH!!! haha itu motip utama.. nampak lama dah kt Watsons. Tapi td aku pergi JJ wangsa maju bersama ibubapa tercinta.. singgah Watsons, lepas tu nmpak lagi binatang ni.. lalu menceritakan betapa bergunanya ia kepada bapaku.. lalu dgn gembira bapaku berkata, "Haa.. Abah belikan kau ni.. buat hadiah birthday.." hahahahahahahahaha.. tergelak aku.. tp dengan pantas aku menjawab, "Xnak lah.. murah sangat.. RM22.90 jerr.." hahaha.. sebenarnya gurau jer.. aku dah pon pau bapak aku hadiah birthday awal2 bulan ari tu.. so xpayah la nk hadiah apa2 lagi kan..

Haa so tahulah harga sebenar dia kan.. hanya RM22.90.. even jenama Watsons jerr.. tp aku tetap rasa ia sangat berbaloi utk sesiapa mempunyai bulu hidung terkeluar2 tu dan juga jambang yg macam singa tu.. yang pasti aku beli ni bukan untuk menTrim bulu hidung aku.. sbb yg pasti tak begitu subur menjalar.. haha.. dan kalau ada pon takot nk cucuh bnda tu dlm lubang hidung.. haha.. 

 yang pasti bukan aku punyo

ok tu je la.. yang penting simpan jambang itu sunnah Rasulullah s.a.w, tetapi ingat even baginda menyimpan jambang pun, baginda tetap nampak kemas dan sejuk mata org yang memandangnya.. ok jumpa lagi maria..

tiba-tiba jumpa gambar ni kt internet

nak baca lagi??? | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 |