...:: WeLcome .::. Selamat Datang .::. Ahlan Wasahlan .::. Huanying ::...

Monday, July 5, 2010

AUStralia - Day 3

sambungan...

Hari Ketiga | Day 3

Setelah bersarapan pagi di hotel jam 7 pagi, kami terus dibawa ke airport utk menaiki flight ke Sydney.. penerbangan kali ini adalah dari Virgin Blue airlines.. giler virgin kan i??? haha. airlines ni serupa mcm AirAsia, iaitu antara airlines tambang murah yg ada.. warna tema pun merah jugak memang sebiji mcm AirAsia tu.. tp yg bestnye dia bagi makan.. haha xpayah nk beli2 mcm beli kt mak cik jual nasi lemak tu kan.. tetapi untuk check-in di kaunter terlampau panjang dan sgt luar biasa panjangnya.. terasa respect plak kt system AirAsia.. haha.. penerbangan ke Sydney dari Melbourne memakan masa dalam 2jam lebih..

ini lah coaster kami selama 2hari di Melbourne.. 
Excellent Coaches.. memang excellent.. tour guide sgt excellent..
luv u sien!!

haa ni la flight kami: Virgin Blue Airlines

motip kan ada gamba pompuan tu..

Bandar Sydney jika dibandingkan dgn Melbourne adalah sedikit sesak dan padat.. dan terdapat ramai immigrant dan yg ketara adalah chinese. Dari ke pekerja duty free kat airport smpai la ke town area.. kebanyakkan nya adalah chinese. Suhu nya pula sedikit warmer dari Melbourne. OK then kami dibawa dari airport utk city tour. Terlebih dahulu, kami dibawa makan tengah hari di sebuah restoran Indonesia di kawasan Chinatown. 

Ketika berjalan menuju ke restoran, terserempaklah dgn sekumpulan pendemonstrasi di kawasan itu. Tentang tujuan dan apa yg di demonstrasikan adalah kabur.. haha sebab kami smua lapar dan terus laju dan laju ke restoran.. tp pendemonstrasi dorg sangatlah sopan dan berbudi bicara.. sgt demokratik aku tgk.. kumpulannya hanya kurang drpd 100 org.. mereka berucap dan berdiri di lori khas  mereka. sementara yang lain dgn sepanduk dorg duk elok2 jer.. haha.. kalau org kita?? huhh..

abg ngan akak polis sedang meronda kawasan domonstrasi aman ni

yang bendera2 tu lah dorg..

Habis je makan tghari kami dibawa terus untuk menaiki cruise yang bernama Captain Cook Cruise. Cruise ini dibawa ke sekitar kawasan Opera House, Darling Harbour dan merentasi bawah Harbour Bridge. Di dalam cruise ini disediakan minuman panas percuma untuk penumpang. Menaiki cruise ini anda akan dapat menikmati hampir keseluruhan kawasan bandar Sydney dan memang cantik sgt view dia.. terkagum dgn Opera House yang selama ni tgk dlm tv ngn gambar je kan.. tp lama2 tgk.. "ehh sama je besar dgn Istana Budaya kita.." haha..


entrance ke cruise

Opera House : benda ni lah yang org smua excited nk tgk kt Sydney


Sedikit malang ketika pergi waktu ptg mcmni.. sbb susah nk ambil gmbar.. terpaksa tungkus lumus mencari angel yg cantek yang tidak di gelapkan oleh cahaya matahari.. tp malangnya lagi.. bergambar di atas kenderaan yg bergerak mmng sukar.. baru nak amek angel baek pnyeee dah lari positions.. haha lagi2 di ambil oleh cameraman amatur, iaitu ayah ku.. haha.. sbb tu xpuas bergamba ketika ini.. gamba smua jnji ado..

berlatar belakangkan Harbour Bridge

melalui bawah Harbour Bridge

skyscrapers di Sydney

yang kuning tu tower tertinggi di sana


Ok tamatnya cruise kami dibawa ke kawasan yang berdekatan dgn Harbour Bridge dan Opera House utk tujuan berfoto..


senyum sokmo..

Setelah penat berpose, kami dibawa ke salah sebuah shopping mall yang ado.. bagi masa 1jam je kan.. memang byk byk byk sgt barang aku bole beli.. haha.. mencuci mata dan menambah bengkak di hati sahajo..

mall td berdekatan dgn bangunan tower ni

Kemudian acara makan malam bermula.. haha.. kami dibawa ke salah sebuah retoran malaysia.. tak silap namanya Kasturi kot. waiter dia pon student melayu yg blajar kt sane. makanan ok lah..


Selepas makan, kami dibawa terus ke hotel untuk check-in. Hotel ini betul terletak di tengah2 bandar Sydney. Nama hotel tersebut, Metrohotel Sydney Central. Bila travel ni lah baru dpt merasa hotel2 yang best kan..  dapat katil yg empuk gilerr.. kalau kat Malaysia ni cari yang rate 2star kebawah jer.. haha.. kebanyakkan hotel kat Australia ni, time nk naik lift kita dah kena swap room key kita.. baru boleh tekan nk g tngkat brapa.. style jgk lah.. kalau kat Malaysia yang mcmtu hanya kt condo2 yg mahal jer.. Ok lepas je check-in, aktiviti mandi dan tido..

bilik dia style mcm biasa jer.. tv pon tak seLCD mcm kt melbourne

Hari ni hari yang simple tapi bersejarah.. haha hayatt tak hengat.. hari ni xbyk visit tempat tapi tempat yg dilawati sgt memorable lah..

to be continued...




*sesetengah gambar  di Sydney 
 telah disalah tag kan dgn AUS Melbourne.
Tersangat malas nk edit semula..
Harap maklum.

No comments:

nak baca lagi??? | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 |