...:: WeLcome .::. Selamat Datang .::. Ahlan Wasahlan .::. Huanying ::...

Friday, June 25, 2010

AUStralia - Day 2

sambungan...

Hari Kedua | Day 2

Setelah selesai breakfast di hotel, kami akan berangkat ke satu kawasan luar bandar Melbourne iaitu Ballarat. Tempat di mana terdapatnya aktiviti gold mining. Perjalanan mengambil masa dalam 2jam lebih. 

ini lah nama rumah tumpang kami.. haha.. giler batman..

depan je hotel ada sebuat railway station.. antara salah satu railway station yg ada di Melbourne
station ni nmpak je kecil, tp mempunyai 14 railway ok.. wayar2 kt jalan tu adalah cabel tram..

ini adalah screen yg ada betul2 dpn tingkap bilik.. mmng annoyed sbb mlm2 pon bercahaya.. 
kami bertolak dlm 9.30am dan suhu sekarang 9°C

Setelah 2jam lebih perjalan.. akhirnya sampai.. walaupun hanya 2jam lebih, tp ianya sgt memenatkan.. sbb naik coaster ni xsama mcm naik bus..

di Gold Museum, Ballarat.

Di sini kami melawat sebuah muzium emas.. biasa lah muzium kan mcm bosan skit.. Sebenarnya Ballarat ini adalah salah satu kawasan perlombongan emas di wilayah Victoria. Melbourne ni semua under wilayah Victoria. Ianya telah wujud sejak zaman dahulu lagi..

Gold Museum, Ballarat

Habis sahaja melawat museum, kami meneruskan ke satu kawasan di panggil Sovereign Hill. Betul-betul terletak di hadapan muzium emas ini. Di sini mereka membina satu kawasan seakan-akan bandar lama ketika perlombongan. Sangat style tempat ni.. mcm cowboy town jadinya..

si cowboy sesat ni lah jadi guide kami di dalam ni

Berdasarkan info dari cowboy sesat ni, kawasan ini di bina semula berdasarkan konsep sebenar bandar perlombongan lama, Ballarat. Seperti, bank, postoffice, hotel, kedai makan malah kedai roti asal.. semua nama kedainya memang daripada yang asal.

mereka ni tgh mencuci tingkap tu.. dgn nama lain cleaner la.. 
tp gile old skewl sbb pakaian dia.. mcm tgk citer koboi.. siap pakai bangku lagi..



Kemudian, kami ke bawah tanah sedalam 10 kaki.. bukan tangan ok.. haha.. satu pengalaman yg best la.. sebijik mcm lombong bawah tanah.. sunyi je.. cahaya pun suam2 kuku je..  kiri kanan memang tanah.. bukan konkrit ok.. tp kat dalam ni tak dibenarkan ambil gambar.. sedey.. 

 fish n' chip - sgt sedap ikan dia.. ini je la boleh dimakan di tempat org kaper.. haha..

setelah selesai makan, kami menunaikan solat di sini.. bukan nk ckp apa lah.. sebenarnye org putih ni sgt respect dgn agama lain.. bila kami request tempat solat, dorg sangat polite dan bersungguh2 sediakan tempatnya.. even masa tu waitress busy gila.. tu yg aku respect.. mcm kt Philip Island ari tu, org putih tu salah masuk bilik solat kami, dia terus say sorry beriya.. kira mcm dia mengganggu kita semayang lah..

posing ala-ala mendulang emas konon

 ahli jemaah | group photo

Ok selepas tu kami pergi untuk mendulang emas.. haha.. ado ke non-ado emasnya.. aku tak tau.. haha.. kemudian kami pun pulang semula ke bandar Melbourne.. Sesampainya di sana, kami dibawa ke sebuah kedai souvenir kepunyaan cina malaysia.

Something Aussie - kt sini jual semua barangan souvenir australia.. macam2 ada kt sini.. yang best boleh ckp melayu dgn dorg..

Kami makan malam di kawasan Chinatown, Melbourne. Sebuah restoran thai yang bernama, Sawasdee. Restoran ini adalah di antara salah sebuah restoran halal yg terdapat di bandar ini. Malah ada certificate halal drpd pertubuhan Islam di sini.

Chinatown, Melbourne

Sawasdee

Setelah kekenyangan.. kami pulang ke hotel.. sesampai sahaja di hotel, cousin mak aku yg duduk sana datang.. nk bawa jalan2 katanya.. nk bawa g shopping center pon byk da tutup.. dorg pkul 7pm byk da tutup dah.. so bersiar2 lah kami.. Dorang bawa g satu kawasan tepi pantai.. nk tgk fairy penguins tu.. tempat ni dekat je dgn bandar.. tp penguins kt sini xbyk sgt pon.. untung2 jumpa lah.. mlm tu hanya sekor yg muncul..

Penampakkan sosok tubuh si Fairy Penguin di dalam bulatan putih

my mum's cousin

Kemudian kami dibawa ke satu kedai chocolate.. kt sini cafe yg menjual semua makanan dan minuman chocolate.. sedap giler..

chocolate pizza.. chocolate waffle ngn ape ntah satu tu..

chocolate waffle with ice cream

Hot chocolate with marshmallow

kedai chocolate tu.. i pergi bar ye u'olls

then kami pun pulang ke hotel.. thnx kepada kak azni dan abg lan yg sudi membawa kami jalan2 mlm tu =)



to be continued.....

1 comment:

iyllienaz said...

hah..nape xmendulang emas betul2??boleh bawak blk msia..haha

nak baca lagi??? | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 |