...:: WeLcome .::. Selamat Datang .::. Ahlan Wasahlan .::. Huanying ::...

Thursday, October 29, 2009

Sekolah Satu Aliran

Wah kita ketemu lagi.. agak lama dah tak update.. entry kali ni aku nk menyokong mewujudkan sekolah satu aliran.. dari dlu lagi aku berminat nk tulis entry pasal ni.. tp atlast Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berfikiran sama dgn aku.. haha..

Dalam surat khabar hari ini, memetik bahawa sekolah satu aliran dapat memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia pada hari ini. Sekolah satu aliran bermakna tiada lagi sekolah yg menjurus kepada satu kaum tertentu, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil tetapi dapat menempatkan semua kaum untuk belajar di dalam satu sekolah yg sama. Aku sangat bersetuju, kerana sistem sedia ada membuatkan kaum2 di Malaysia hanya lebih bersatu di kalangan kaum mereka berbanding dgn kaum2 lain. Mereka lebih bergaul dikalangan kaum mereka, kaum Melayu bersekolah Kebangsaan akan bergaul sesama bangsa mereka dan mungkin sesama bangsa lain yg hanya BERMINAT untuk memasuki sekolah kebangsaan. Bagi kaum cina dan india, mereka akan bergaul sesama bangsa mereka di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil ini.

Bila kita bercakap soal menghapuskan sistem yg sedia ada.. mesti ramai yg bertempik kerana mempersoalkan Perlembagaan yg sedia ada telah menjamin sekolah2 jenis kebangsaan ini. Tetapi untuk menjamin perpaduan, semua kaum perlulah dihimpun atau disatukan sejak kecil di dalam satu sekolah yg sama. Walaupun di dalam petikan akhbar mencadangkan Sekolah Menengah adalah waktu yang ideal untuk mewujudkan sekolah satu aliran, tetapi ianya tetap menjadi idea yang baik.

Jika kanak-kanak atau remaja sejak kecil disatukan antara kaum yg lain, mungkin mereka sudah dapat untuk bekerjasama, berkawan dgn lebih rapat dan dapat berkongsi budaya dgn lebih lagi. Pengalaman bersekolah dan kelas bersama kaum2 lain merupakan pengalaman yg berharga bagi aku. Pelbagai pendapat dan pengalam dikongsi, cuma jumlah mereka tidak lah banyak dan memberi impak yg besar. Dengan wujudnya sekolah ini, lebih byk integrasi antara kaum dpt berlaku.


Lepas ini mungkin lebih byk Ah Meng, Abu dan Dewi dapat berkawan rapat, dapat membuat kerja rumah bersama2, pergi ke pusat tuisyen bersama2, mungkin datang merayakan perayaan bersama kawan sekelas mereka.

Sistem sekolah sedia ada mungkin tidak lagi relevan untuk masa kini, bahasa ibunda masing2 boleh diajar menjadi sebahagian daripada kurikulum sekolah. Dan menjadikan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Malaysia sebagai satu2 nya bahasa untuk menyatukan rakyat. Dengan satu bahasa kebangsaan dapat merapatkan jurang antara kaum cina, india dan lain. Mereka akan memahami hanya dengan satu bahasa, tetapi bahasa ibunda mereka masih bebas untuk dipelajari di sekolah sebagai salah satu subjek. Contoh sekolah2 di Indonesia, Thailand dan Singapura yg dapat menempatkan semua kaum di dalam satu bumbung. Kenapa kita lambat untuk bertindak?


Wednesday, October 7, 2009

Segamat betul membenci ku..

Hari yg kononnya penuh dengan langkah kanan.. tetapi rupanya penuh dgn langkah kiri ku.. Akhirnya memang betul Segamat telah membenci ku.. dan tidak mahu aku pulang kembali ke pangkuannya.. Tidak mengapalah kalau itu yg kau pinta.. akan aku cuba melupakan mu, tetapi mungkin sukar untuk kenangan yg telah kita lalui bersama selama 3tahun ini..

huwahahahaha.. hanjing sangat u'ouLss.. keluar da wording fondan di sini.. haha oke.. entry raya aku tak post lagi.. tp entry ni aku rajen nk trus buat.. ok ari ni bersamaan 7 October 2009 , tarikh rasmi aku membuat pengakuan bahawa aku bukan lagi kekal sbg pelajar UiTM JOHOR cawangan KAMPUS SEGAMAT..

waaa touching nyerrr.. aku ari ni g wat clearance kat cmpus.. sbb nnti org2 uitm bilang, "Anda mungkin tidak dapat membuat Convo anda, Huwahahaha..".. itu la sebabnya.. hahaha..

tetapi di cemari oleh takdir2 natasha malang kepada aku..

======================
==============================================
==============================================
=========================

Kronologi Shahrizan bersama anak2 hayam nya buat clearance :-


0600 - Awatip kejut aku.. "Shah da bgn blum??"

0637 - Gerak dari kolej tun mamat, malacca city cmpus ke uitm segamat. Gossip sahaja sepanjang perjalanan sambil mengimbau kenangan Diploma.

0800 - Dalam 8 lbeh lah, smpai sane.. nampak papan tanda tulis "Jamuan Hari Raya UiTM Segamat : 7 october 2009."

0801 - A'ah elok lah buat jamuan time aku nk dtg.. tp berharap ia nya tdk terjadi.. cari parking.. wahh ada parking la.. "Atip, langkah kanan kita ari ni dpt parking kt dpn ni".

0805 - Staff ramai yg memakai pakaian raya, berbaju melayu dan berbaju kurung (verangan smua pakai yg paleng chantek la konon..)

0815 - Masuk HEA, gelap jerrrr kt dlm.. dgn gigih mengambil dan mengisi forms yg ada..

0830 - G unit keselamatan, "Pakcik sy nk chck saman lalu lintas saya boleh tak?", -"Owh staff xde lah dik, tunggulah petang skit.. kami ada jamuan raya."

0835 - Owh tidak.. dgn gigih ke level 2 admin untuk ke Unit Kokurikulum.. "Encik, nk buat clearance boleh?" -"Boleh, meh sini cepat" Waa lega aku.. even dorg smua berangan dgn baju raya.. tetapi sempat melayan permintaan kami nk cop..

0900 - "eyh jum g makan kat ibu, rndu la nk makan sane".. makan la kat kdai ibu.. makan nasi lemak idaman sejak part1 dlu..

1000 - da mati akal xtaw nk buat ape.. org lalu lalang.. tp seko pon xde aku kenal dah.. jalan2 sambil menikmati permandangan indah dan kaler2 bangunan yg sgt memberahikan.

1005 - "korang ajar lah aku QMT, aku ada bawak buku dlm kete.." kami g la kt depan block U then menela'ah pelajaran.. mereka membantu ku membuat QMT: Transportations. Bahagia sgt da paham mcmana nk buat.. even satu soalan jer..

1015 - Ustat dtg dgn senyuman nya.. haha.. salam2 then dia hafal mndarin dia.. dia g wt oral.. then jumpe awek dia, Konyai.. salam2.. dia pon ada oral test jgk..

1140 - tgk smua da bersurai dari dewan utk jamuan.. so aku gigih pergi ke bilik Ketua Program untuk mintak cop dia pulak.. then dapat.. aku pon call lah lecturer aku kat melaka "Puan maaf sy xdpt dtg ari ni.. ade buat clearance kat segamat.. bla.. bla.." aku ade kelas jam 1230 sbnarnya..

1215 - then g Unit Pengurusan Kolej (UPK) untuk mintak cop.. dlm perjalanan jumpe Prot.. maaf prot aku lupe nick kaw time salam td.. hahaha.. even aku yg bagi nama tu kat kaw.. g minum2 dlu.. then g UPK then da settle..

1300 - Naek kolej untuk hampir 10 bulan aku xjejak kolej Sempana Riau, kt wing aku.. wahh cm nk nanges.. hahaha.. then jumpe junior2 ku yg masih gigih dan tabah menjaga dan menjadi penunggu Wing..

1400 - Da babye pri, pulang, anu smua nk g kelas.. aku pon berangkat la nk g sambung buat clearance aku.. nk amek cop kt unit laen.. then... "ALAMAK, mane borang2 aku tadi??" memang bahabi tahap sehetan.. borang ilang.. penat aku cari tak taw g mana.. kat sini ada 6 ruang untuk di cop.. aku da dpt siapkan 3 cop.. tinggal 3 je lagi.. sial kan ari aku ni..

1420 - g HEA buat borang baru.. berlari-lari.. berkejar-kejaran.. mintak cop smua org lagi.. aku memang nk pengsan da.. nek tngga turun tngga.. ofis ni kat ujung duni.. berlari ke sane sini.. adoii.. dengan berpeluh nya aku.. da biasa duk dlm aircond je kat melaka.. rasa mcm ape jer..

1515 - aku berjaya menyiapkan smua cop.. wahhh finally.. Borang clearance aku di penuhi cop yg diperlukan.. cm nak nangis pon ada.. hantar then pulang..

padahal plan asal nk g lepas subuh kul 6.30 sbb then boleh la balek dlm kul 12.30 smpai melaka balek.. sbb aku ada kelas.. tp HARAMMmmm..
=================
=============================

wahh tu je la citernye.. sape malas nk baca, ADO den kesah??? hahaha.. tp aku sangat berterima kasih kepada smua staff UiTM Segamat kerana melayani aku dengan baik.. then kalau Pengarah Campus Segamat ada baca blog aku ni (harapan yg tinggi menggunung ibarat gunung ledang).. tolonglah buat Jamuan Hari Raya pada hari lain taw.. macam kt Melaka sini buat ari Sabtu.. so may b tidak mengganggu yg ingin membuat urusan di pejabat.. kerana saya tidak dapat hadir ke DUA kuliah saya pada hari ini.. mungkin salah saya juge kerana tidak menelefon..

nak baca lagi??? | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 |